mcmc
Maklumat PEDi

Maklumat NADI

AssalamuAlaikum1

                                                        AssalamuAlaikum1

 



90130

 

Portal

 NADI Felda Kerteh 2

 

Alhamdullilah, setingi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung laman portal NADI Felda Kerteh 2. Portal ini dibangunkan bertujuan sebagai salah satu pendekatan untuk merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Dengan adanya laman portal ini diharapkan komuniti terdedah dengan segala maklumat dalam merentas era teknologi ICT. Pusat Internet 1Malaysia ini adalah inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta TM Berhad. Pusat Sebaran Maklumat Nasioanal(NADI) yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK).

Perkhidmatan yang disediakan di NADI adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan Wi-Fi Komuniti bagi capaian penduduk sekitar, kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh Pengurus dan Penolong Pengurus.

 NADI Felda kerteh 2 terletak disalah satu daerah di Terengganu iaitu Dungun, Terengganu. NADI Felda Kerteh 2 telah mula dibuka pada 12 Februari 2015 dan dibuka pada setiap hari bermula jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang dan ditutup pada cuti umum.