Nama | : Nurliawati bt Awang |
Umur | : 25 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Selepas tamat pengajian tingkatan 5, Puan Nurliawati atau lebih mesra disapa Kak Nur terus bekerja untuk membantu ibu bapa menampung keluarga. Tidak lama selepas itu Kak Nur mendirikan rumah tangga dan dikurniakan 2 orang cahaya mata. Setelah itu beliau mendapat idea untuk menjual kuih bakar/akok memandangkan di kampung ini masih belum ada lagi yang menjalankan perniagaan tersebut.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kak Nur tidak mahir menggunakan komputer. Sebelum penglibatan beliau bersama pusat internet, beliau lebih cenderung mempromosikan produk beliau melalui status whatsapp dan facebook peribadi
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui program yang disediakan di Pusat Internet, Kak Nur melangkah setapak ke hadapan. Beliau dapat mencari informasi terkini untuk penambahbaikan dalam produk beliau. Selain itu beliau juga dapat meningkatkan strategi untuk menjalankan perniagaan beliau dengan lebih meluas.