MENJUAL HANDBEG DAN TASK TANGAN MAMPU MILIK
| Nama | : Aina Syuhada bt Jamaluddin |
| Umur | : 21 tahun |
| Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Cik Aina merupakan anak jati kelahiran Felda Kerteh 2. Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia, Cik Aina dengan sahabat karibnya membuka satu kiosk kedai runcit dihadapan kawasan sekolah. Disamping itu, bagi menjana lebih lagi pendapatan, Cik Aina mula berjinak-jinak berniaga secara atas talian iaitu menjual pelbagai jenis tas tangan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Menggunakan telefon mudah alih sebagai medium utama untuk menjalankan transaksi agak sukar buat Cik Aina. Dengan paparan yang lebih kecil, Cik Aina tidak dapat fokus untuk membuat jualan. Kesannya, keuntungan bulanan jarang sekali mencapai target yang diingini oleh beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menyertai latihan di pusat internet, Cik Aina berpeluang melihat lebih jauh mengenai cara untuk memasarkan produk beliau. Hasil jualan beliau semakin meningkan dari sehari ke sehari sehingga melebihi target yang ditetapkan.

