mcmc
Keusahawanan

KEUSAHAWANAN Q4 ~ 2020 – Hasnita Mat Fiah

Nama : Hasnita Mat Fiah 
Umur : 31 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Hasnita merupakan ibu kepada 3 orang anak yang comel. Puan Ita menjual pelbagai peralatan kelengkapan rumah antaranya seperti bantal Leyna, peralatan memasak dan pelbagai lagi. Beliau sudah berniaga selama 4 tahun iaitu bermula tahun 2017. Tujuan utama beliau adalah untuk menambah pendapatan keluarga.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Hasnita telah beberapa kali menyertai program yang dianjurkan oleh PI Felda Kerteh 2. Antaranya adalah latihan keusahawanan yang dianjurkan setiap bulan. Sebelum menyertai program keusahawanan,beliau tidak begitu mahir dalam mengiklankan produk beliau. Pasaran terdekat beliau adalah kawan-kawan terdekat dan saudara mara.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui program yang disediakan di Pusat Internet, Puan Hasnita melangkah setapak ke hadapan. Beliau dapat mencari informasi terkini untuk penambahbaikan dalam produk beliau. Selain itu beliau juga dapat meningkatkan strategi untuk menjalankan perniagaan beliau dengan lebih meluas.