Dana Remaja @ Transformasi Orang Muda (TOM)

Info Semasa | 22/12/2017
  • ~SOM– Saf Orang Muda
  • ~KOM- Komuniti Orang Muda
  • ~SukOM– Sukan Orang Muda
  • ~PrOM– Perantau Orang Muda

Permohonan Dana Remaja @ Transformasi Orang Muda (TOM) bagi tahun 2018 telah dibuka bermula 4 DISEMBER 2017 dan akan berakhir pada 4 JANUARI 2018 yang dibuat secara online dan ia diwajibkan kepada semua pemohon lama serta pemohon baru.

Antara syarat-syarat permohonan ini adalah:

1 – Pemohon mestilah rakyat negeri Terengganu
2 – DIWAJIBKAN mendaftar sebagai pengundi dengan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya)
3 – Berumur 21 hingga 40 tahun dan belum berkahwin
4 – Gaji kurang atau tidak melebihi RM1500 (GAJI POKOK)
5 – Permohonan boleh dibuat di laman web http://danattb.terengganu.gov.my/
6 – Print borang permohonan dan dapatkan pengesahan daripada Pengerusi JKKK masing-masing.

Pemohon sedia ada (tahun lepas isi dah) WAJIB membuat permohonan baru

Selepas siap semua borang permohonan hendaklah diserahkan kepada Pengerusi JKKK untuk pengesahan dan tindakan seterusnya dihantar ke Penyelaras DUN masing-masing.

Sebarang pertanyaan, boleh datang ke Pusat Internet 1Malaysia Felda Kerteh 2 untuk panduan pengisian.

24294061 1827427747549404 9130576479042316774 n