| Nama | : Muhamad Danish Syazwan |
| Umur | : 12 Tahun |
| Ahli | : 04/11/2022 |
Latar belakang
Muhamad Danish Syazwan merupakan pelajar sekolah rendah yang tinggal berhampiran dengan PEDi. Adik Syazwan dan keluarganya sangat bergiat aktif dan menyertai hamper setiap program yang diadakan di PEDi Felda Kerteh 2.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan di Pedi, Danish mengalami beberapa kesukaran terutama apabila guru menyuruh untuk mencari sumber rujukan di dalam internet. Adik Danish juga kurang mahir menggunakan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah terlibat bersama PEDi, banyak ilmu baru yang diperolehi bagi membantu Danish terutama dalam pembelajaran. Pada musim cuti persekolahan pula, Danish datang menyertai kelas-kelas latihan asas komputer di PEDi.