Perniagaan dan keusahawanan merupakan salah satu cara dalam menjana pendapatan yang lumayan, namun ianya bukan semudah yang kita sangka. Hal ini kerana setiap usahawan mahupun peniaga mengorbankan sepenuh masa, tenaga dan wang ringgit mereka dalam menjalankan aktiviti perniagaan. Mereka ini adalah antara golongan yang berani berdepan risiko kerugian dan berfikiran jauh dalam merangka strategi perniagaan demi mendapat keuntungan. Kejayaan seseorang usahawan itu juga terletak pada kesabaran, komitmen, kerja keras, kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dimiliki. Sekiranya kesemua itu digunakan dengan baik dan pandai merebut peluang pastinya kejayaan yang menanti mereka.
Aktiviti perniagaan di Felda Kerteh 2 begitu pesat berkembang dan kebanyakan aktiviti perniagaan disini tertumpu pada perniagaan makanan dan peruncitan. Hal ini dapat dilihat apabila wujudnya kedai dan restoran makanan yang banyak bak “cendawan tumbuh selepas hujan” di sekitar kawasan Felda Kerteh 2.
**edited by Admin – 6/3/2017
**article original date – 27/11/2014